Saturday, December 6, 2025

LOTUS CERIA COOKING CHALLENGE 2025

PERTANDINGAN MEMASAK LOTUS CERIA  2025


Tahniah Wafi
Kemenangan dalam Pertandingan Lotus dan kejayaan membawa pulang hadiah RM3,000 benar-benar membanggakan keluarga serta mengharumkan nama Team La Gauche. Kejayaan ini bukan hanya milik anda, tetapi juga hasil sokongan dan usaha gigih rakan-rakan yang sentiasa berdiri bersama.

Teruskan melangkah lebih kuat, lebih fokus dan lebih berani. Ini baru permulaan — kejayaan yang lebih besar sedang menunggu

Friday, October 17, 2025

MENARA GADING BUAT YANG SULUNG

Berbekalkan semangat dan doa yang tak pernah putus, hari ini menjadi satu detik bermakna dalam hidup aku sekeluarga — saat kami menghantar anak sulung, Nur Sofia Zahra, ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Pengurusan Sukan.

Perjalanan ini bukan sekadar penghantaran Sofia ke menara ilmu, tapi penghantaran amanah — amanah untuk menjadi insan berilmu, berakhlak, dan bermanfaat pada masyarakat. Melihat langkah Sofia melangkah ke kampus dengan beg galas di bahu, hati aku dan Isteri penuh dengan rasa syukur dan bangga.

Aku teringat kisah seorang ulama agung, Imam Al-Shafi‘i, yang merantau jauh dari Mekah ke Madinah untuk menuntut ilmu walaupun ketika itu beliau masih muda. Beliau pernah berpesan:

 “Sesiapa yang tidak merasai kepahitan dalam menuntut ilmu walau seketika, maka dia akan kekal dalam kejahilan selama-lamanya.”

Kata-kata itu seolah-olah berpesan pada aku dan Sofia — bahawa setiap langkah menuntut ilmu itu mungkin tidak mudah, tetapi dari kepayahan itulah lahirnya kekuatan dan kebijaksanaan.

Sebagai ayah, aku hanya mampu memberi doa, bimbingan, dan restu. Tapi perjalanan ini milik Sofia untuk ukir sejarahnya sendiri. Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan pada setiap langkahnya, menguatkan hatinya saat jauh dari keluarga, dan membukakan pintu kejayaan yang luas di dunia dan akhirat.

Ilmu itu pelita, pengorbanan itu jalannya, dan doa ibu ayah itu tiang kekuatannya.
Hari ini, satu babak baru bermula. Dan aku sekeluarga bangga menjadi sebahagian daripada kisah ini. 

RAIKAN HARI LAHIR SAHABAT


Selamat Hari Lahir buat Isteri kepada sahabatku Sharil, Manje 🎉

Petang itu kita raikan detik istimewa buat mereka berdua di Gastro, Le Meridien Kuala Lumpur, dengan penuh makna dan kenangan manis.

Lebih bermakna, hidangan petang itu disajikan hasil sentuhan istimewa JURUMASAK LEGENDA — Chef Sazli Nazim, satu nama besar dalam dunia kulinari negara.

Moga hari lahir ini menjadi permulaan tahun yang penuh keberkatan, rezeki melimpah, dan cinta yang semakin erat.

Wednesday, October 15, 2025

Review Makanan – Restoran di Seksyen 9, Shah Alam

                     Char Kuay Teow

                      Mee Kari Nyonya

Menu dicuba: Char Kuay Teow & Mee Kari Nyonya

Dari segi rasa, kedua-dua menu boleh dikatakan “ok tapi tidak luar biasa”. Char Kuay Teow kurang menonjol aroma “wok hei” yang sepatutnya memberi rasa autentik, manakala Mee Kari Nyonya agak sederhana — kuahnya tidak cukup pekat dan rempahnya kurang “menyengat”. Nilai: 3/5

Dari sudut servis, staf mesra tetapi agak perlahan dalam penyediaan makanan. Untuk menu yang ringkas, masa menunggu agak panjang, terutama ketika pelanggan tidak terlalu ramai. Nilai: 3/5

Untuk harga, agak tinggi jika dibandingkan dengan portion dan kualiti rasa. Dengan harga sedemikian, pelanggan pastinya mengharapkan pengalaman rasa yang lebih “premium”. Nilai: 2/5

Kesimpulan:
Tempat ini sesuai kalau sekadar ingin lepak santai, tapi dari segi rasa dan nilai, masih ada ruang besar untuk penambahbaikan. Kalau mereka boleh perbaiki rasa dan beri servis lebih pantas, potensi restoran ini sangat besar.

Skor keseluruhan: 2.5/5

Tuesday, October 14, 2025

AKU MELATIH BUKAN KERNA NAMA


Tajuk kali ni sudah menceritakan segalanya. Aku anggap diri aku sebagai manusia yang tiada apa2, tapi muncul dengan filsuf Kulinari yang rebel dan cita2 yang luar biasa, boleh dikatakan jarang juga diberikan ruang pada pentas2 elit.

Namun aku Ok dan bahagia dengan apa yang aku lakukan kerana mengajar bukan kerana nama, tetapi kerana tanggungjawab yang dipikul sebagai amanah. Kepuasan sebenar seorang guru bukan pada pujian atau penghargaan, tetapi pada saat melihat anak didik melangkah gagah, berjaya menggapai cita-cita. Anak murid adalah cerminan seorang guru — jika mereka berjaya, itulah tanda ilmu telah sampai dengan berkat dan kasih.

Sebagai pendidik, tugas ini bukan sekadar memberi ilmu, tetapi membentuk hati dan jiwa agar menjadi insan yang hebat. Dalam Islam, setiap ilmu yang diajarkan dan diamalkan oleh murid menjadi pahala yang berterusan untuk gurunya. Itulah keindahan dakwah dalam bidang ilmu.

Moga setiap pelajar terus kuat berusaha, membawa nama baik diri, keluarga dan guru. Ingatlah, kejayaan bukan datang dari jalan yang mudah, tetapi dari kesungguhan, doa dan keberkatan ilmu yang diajarkan dengan ikhlas. 

Monday, October 13, 2025

KELUARGA DAKWAD

Abah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat keluarga tersayang yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam setiap langkah perjuangan ini. 
Buat isteriku tercinta, Hidayah — terima kasih atas kasih sayang, doa, kesabaran dan pengorbananmu yang tak ternilai. Buat anak-anak Abah Sofia, Adam dan Rayyan — kalianlah sumber semangat dan kekuatan Abah setiap hari. Tanpa sokongan kalian, kejayaan hari ini tidak akan bermakna. Terima kasih kerana sentiasa ada dalam suka dan duka
I LOVE YOU ALL ❤️❤️❤️❤️




FHM 2025 kembali....

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan pelajar yang telah berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa dan 1 Diploma dalam pertandingan berprestij Malaysian Salon Culinaire baru-baru ini. Kejayaan ini bukan datang sekelip mata — ia adalah hasil daripada bulan-bulan latihan intensif, pengorbanan masa, serta semangat juang yang tinggi daripada para pelajar dan jurulatih.

Setiap sesi latihan bukan sekadar mengasah kemahiran teknikal dalam dunia masakan profesional, tetapi juga membentuk disiplin, ketahanan mental, dan kerja berpasukan. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, para peserta tetap kekal fokus dan cekal untuk memberikan persembahan terbaik di pentas pertandingan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha yang konsisten pasti membuahkan hasil. Pingat gangsa dan diploma yang diraih bukan hanya simbol kemenangan, tetapi juga satu permulaan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Teruskan berlatih, jangan cepat berpuas hati — juara sebenar bukan hanya yang menang hari ini, tetapi yang terus berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari.

Buat Wafi, Nayla, Haziq, Addie, Aqilah,Sofea,Aleya dan Ilyas -Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat — anda semua telah mengharumkan nama institusi khususnya LA GAUCHE dan membanggakan semua

Tuesday, December 31, 2024

KEMBALI BER 'BLOG'

Salam Kulinari buat semua, 
Kali terakhir aku menulis, 2020...fuhh punya la lama.
Ini baru rasa nak mula balik menulis. Baru2 ni aku kongsikan kisah dlm Dunia Kulinari bersama para pelajar. Seperti biasa setiap semester akan ada pelajar yg nk belajar lebih, maka lepas kelas mereka akan dtg ke dapur utk berlatih.

Walaupun jumlah nya tidaklah ramai, namun aku happy utk melatih mereka. Mereka ni adalah pelajar yang nak majukan diri, nak timba ilmu tambahan. Bagus utk mereka, sebab dunia semakin 'keras'. Hanya yg Kuat dapat bertahan. Aku juga semakin suka untuk menonjolkan Masakan Warisan kerana kalau bukan kita yang nak mengangkatnya, siapa lagi? Aku ada buat satu perjumpaan makan2, sempena pelajar senior tamat sesi pembelajaran di KKSY. Kebanyakkan menu pada hari tersebut ialah Masakan Tradisional. 
Ini antara Menu-menunya :-

Menu Lunch Sempena Senior tamat belajar 

Nasi Putih Si Damak

Masak Lomak Siput sedut bersamo Jantung Pisang Dan Pucuk Ubi Seri Mersing

Pindang Pucuk Ubi Cili Api Pancaran Senja.

Tempeh Goreng Petai Tempoyak Pasirnya Roboh

Ayam Goreng Daun Kunyit Nak Daro Rindu

Ulam ulaman bersamo Sambal Belacan Inang Pulau Kampai

Sirap Selasih Ku Sayang

Pengat Pisang Hujung Sireh

Kopi O Mak Inang Kampung


Kebanyakkan Menu Tradisional yg dimasak ni selain untuk dimakan...ia ada maksud yg tersirat, mungkin ada dikalangan pelajar aku yg tidak pernah lihat sesetengah bahan dan jenis masakan apatah lagi penyediaan awalnya....cth cara kendalikan siput sedut, jantung pisang, cara kendalikan Pucuk ubi...dan lain2.

Maka niat aku utk mendedahkan Masakan Warisan..sedikit sebanyak tercapai...ohh..satu lagi, Pindang  Pucuk Ubi yg rata2 mesti rasa pelik dan sukar utk kita cari.

Moga sedikit sebanyak apa yg kita santap dalam majlis baru2 ini, juga menjadi PEMBELAJARAN bagi bekalan kita semua dimasa hadapan

   Foto bersama para pelajar dan En. Zamri

                         Bicara Kulinari

                      Hidangan Majlis




Wednesday, April 15, 2020

Asam Pedas Padu

Salam Kulinari, Ok..semua pun dah tahu yang PKP sambung 2 minggu lagi. 
Ramai yang dah gelisah, tak tahu nak buek apo😆. Tak sonang duduk dah. Aku pun dah mula rasa macam tu. Apapun kita kena kuat dan terima apa yang diberi ini dengan redha.
Ado hikmah nyo, peluang bersamo keluarga ni lah yang tak dapat dijual boli. Kita kembali ke basic.
Ok daripada raso rosah yang takdo faedah tu...jom kito masak Asam Podeh Padu.

Asam pedas Ikan Padu 😜

Bahan A
15 cili kering
1 ulas bwg besar
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci belacan
1 teaspoon halba campur

Bahan B
3 btg serai
1 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 tbsp asam jawa paste(adabi)- ikut suka kemasaman nya
5 biji kacang bendi
2 biji tomato
5 ketul Ikan Tenggiri/Pari/Jenahak

700ml-1liter air
Garam/gula

Caro masak, 
Blend semua bahan A kecuali halba campur.
Tumis bahan A sampai garing.
Masukkan air, biar menggelagak...masukkan bahan B.
Kemudian masuk Ikan, perisakan. Setel
Sonang botul.
            Ni maso guna Ikan Tenggiri

        Tongah masak ngan Chef Bouy

Jadi jangan biarkan kita dan keluarga diselubungi kebosanan. Masak dengan keluarga. In Sha Allah hasilnya akan jadi lebih padu, percayalah.Kongsi2 kan resepi ni ngan kawan2. 
Selamat mencubo
Ok, hingga ketemu di lain masa. Bye2

Sunday, April 12, 2020

Lempeng Sonang MCO

Covid menyerang tanpa beri Salam dan bukan dengan cara yang baik. Seluruh dunia sedang hadap benda ni. Semua individu kena MCO untuk membendung Covid19.
Sebagai umat Islam, kita kena redha, tunduk dan perbanyakkan amalan. Ini yg Allah suruh. Syukur dengan apa yang kita ada sekarang, ada yang duduk sorang diri, ketakutan, panik dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mengasah bakat memasak. Macam-macam jenis masakan keluar...
                Melempengkan diri

Bercakap tentang masak ni, jemu kadang-kadang makan nasi. Nak cicah lempeng ngan sambal ikan bilis. Fuhhh...dipasangkan dengan Kopi O kawww. Tak kena kalau aku tak kongsikan resepi lempeng yg abis punya senang ni...

Lempeng Padu
2 cawan Tepung Gandum
3 cawan Air
1 biji       Telur
2 tbsp.    Minyak Masak
1 tsp       Garam Halus

Gaul semua bahan sampai sebati.
Lempengkan kat kuali leper...2-3 minit, setel sekeping.
                     Batter Lempeng

             Lempeng baru keluar kuali

  Sodap dimakan dengan sambal ikan bilis

Okay, bole cuba resepi ni...senang sangat. Nanti aku kongsi resepi yg lain pula. Jumpo laie.
#stayathome
#staysafe

Sunday, September 9, 2018

The Rest is History

Born and raised in Negeri Sembilan, Malaysia; I started my culinary journey by further my studies in Certificate Assistant Cook (Uitm). I start my culinary experience in competition by joining various local food rivalry. After been overwhelmed by culinary arts, well-appointed with Diploma in Culinary Arts, I went to work with several hotel in Negeri Sembilan. Lake view hotel was the first home of my culinary journey.
I was exposed and discover the continents flavour and food cultures. Then I went on to work at Guoman Resort in Port Dickson. I’ve improved my culinary skills in Western Cuisine. Currently, I am a Lecturer in Culinary Program with Selayang Community College and completed my Bachelor Science (Honoured) in Culinary Art Management, endorsed by University Technology of Mara (Uitm).
Throughout my 15 years journey in the culinary world, I had join, won & loss many accolades in competitions. Among my recent achievement coaching student reaching to the sublime from Myccskills 2015 in Kuala Kangsar which my student Dinesh achieving Gold for the event. In 2014 with the KKSY team competing in World Skills Malaysia Cooking, for the first time our team managed to get 2nd runner up.
I strived my best yearly to educate in mentoring students to not just participate, but to win in culinary competitions that is organized. The key towards succeeding in this element is to continuously innovate and never let yesterday success become more sophisticated than our future. I have continuously coached students, batch after batch, semester after semester, year after year, consistently making them champion.

In addition to these successes, I‘ve managed my time completing my studies at UiTM. From representing Selayang Community College as a candidate, I‘ve transformed my attributes to mentoring students to represent College in Culinary Competitions.
Along the journey in College, I’ve also involve myself in innovation competition. I successfully won Gold Medal in Research Innovation Skills Exhibition 2015 with Nasi Lemak Ice Cream as my product. Simple recipe also published in local cooking magazines. I‘ve also conducted several workshops for Polytechnic Metro and University Technology Mara Dungun (UiTM) on Ice Sculpture subject, educating an in depth understanding on ice carving.
I cannot do many great things all the time, but could deliver small things with great passion and lots of love in it. “I pride myself in keeping things consistent in what I cook and cook with souls. Food culture in Malaysia as always be passed on from generation to generation to come, stories will be told, recipes will be taught and skills will be learnt. Just like me and my belief in cookery.

Tips untuk maju sebagai Jurumasak

Antara Formula utk maju sbg jurumasak :-
#tahu apa yg nk dipelajari
#baca dan pahamkan
#berlatih tanpa jemu
#sebatikan dlm diri
#amalkan

Juga bersedia dari segi
#fizikal/mental
#perhalusi teknik
#taktikal/strategi memasak
#deria rasa
#keperibadian yg baik

#Keyakinan yg baik
#berani utk gagal
#Tidak takut utk penat
#tidak mudah putus asa
#break the rules
#Jgn dengar kata2 yg Negatif
#Kerja Keras

Cabaran yg selalu dihadapi:-
#cepat penat/bosan
Tapi kalau boleh lawan anda akan jadi -
#kuat/cekal
#Laju/speed yg baik
#spontan dgn baik

Friday, August 24, 2018

Kayuh lagi...

2018, kembali tanpa jemu ke dunia pertandingan masakan. Bila di ingat kembali, sejak 2006 hingga sekarang masih lagi tak jemu. Kali ini Myccskill Rompin menanti. 2 edisi sebelum ini kita Juaranya. Semuanya di bumi Kuala Kangsar.

Kali ini, cabarannya berbeza. Pasukan tidak seramai dahulu. Cabarannya untuk mengekalkan semangat dan momentum pelajar yang bertanding. Namun, usaha untuk menggabungkan gaya masakan yang disulami teknik dan inovasi tanpa mengetepikan unsur asas klasik dalam masakan harus diteruskan.

Asmak dan Sofia akan membawa cabaran kali ini bagi meneruskan legasi Ikmal dan Alia. Segala persiapan telah dibuat. Hanya masa yang dapat menentukan, samada bumi Rompin ini memberi tuah atau tidak.