Wednesday, December 24, 2014

Pertandingan Kemahiran Malaysia Akhir

Salam, lama tidak bersua di ruang blog ni. Kali ini nak bercerita tentang pengalaman melatih pelajar bagi menghadapi PKM 2014 akhir. Banyak perkara suka duka yang boleh dikongsikan. Latihan, persiapan hinggalah ke acara kemuncak di UPM.

Persiapan tahun ini dibantu oleh 2 pelajar, Hasroll dan Syima. Pengajarnya pula Rahayu taha, Fauzi, Ainul dan aku sendiri. Razman Uitm Dungun juga byk membantu walaupun pelajar dia juga masuk bertanding...tabik lu bro. Pertandingan berlangsung selama 4 hari mengikut modul yang diberi. 

Rutin bermula seawal 5.30 pagi. Pasukan bertolak dari Kolej setiap hari. Makan minum juga disediakan oleh pelajar. Persiapan teori dan amali disediakan sehari sebelum...begitu juga dengan hari2 berikutnya. Fatin, nama pelajar yg mewakili kolej.

Alhamdulillah Kolej Komuniti Selayang mendapat tempat ke 3. Rezeki dari Allah. Syukur.....bukan hanya keputusan tetapi perjalanan dan pengalaman sepanjang pertandingan. Terima kasih pd semua yg terlibat. Moga di masa hadapan ada pelajar dan pengajar baru yg muncul bagi menyahut cabaran.

Wednesday, February 20, 2013

Mengintai pengalaman di Laman Grill

Syabas pada beberapa pelajar yang berjaya melalui pengalaman berlatih bersama Chef tersohor Malaysia, iaitu Chef Zubir.
Pengalaman yang dikutip akan digunakan kelak apatah lagi sekarang dunia memerlukan pekerja yang ada tahap skill yang terbaik.
Pengalaman yang dikutip ini sangat berharga dan tak boleh dibeli dimana-mana. Prosedure dan segala teknik yang diajar adalah yg terbaik dan pelajar tidak harus melepaskan peluang yang hadir sebegini.

Thursday, January 31, 2013

Warung Mantap

Hai kali ni saya nak bawa anda ke satu warung yang kalau kita lihat dari jauh macam biasa saje rupanya...tapi makanan yang ada disitu...sangat sedap.
Konsepnya hidangan panas, bercirikan masakan jenis Cina. Nasi goreng cina hingga lah ke yee mee kung fu semuanya terbaik. Lokasinya ialah di kawasan perumahan taman selasih, greenwood gombak.
Pakat ramai2...mai

Thursday, January 24, 2013

Bread Butter Pudding

Hai, mlm2 ni nak kongsi resepi puding roti. Memang sedap dan lembab teksturnya. Sila la cuba....

bread n butter pudding

ingredients     metric
white bread     500g
butter- melted125g
eggs                  500g
sugar                250g
salt                    2g
vanilla extract15ml
milk                 1250ml
cinnamon        as needed
nutmeg          as needed

procedure
cut each slice of bread. Brush both side with melted butter
arrange the bread slices
mix the eggs,sugar,salt n vanilla. Add the milk
let stand, refrigerated for 1hour
sprinkle with cinnamon and nutmeg
bain marie
bake about 1hour at 175'c

Kolaborasi bersama WINGS

Hai, beberapa minggu ni ade beberapa berita baik yang nak diceritakan. Antaranya tahun ini ade 4 pertandingan memasak yang akan disertai. Namun yang lebih baik ialah kerjasama bersama kumpulan Wings bagi menyediakan jamuan di Istana Budaya bersempena konsert Rockestra mereka. Ini merupakan peluang yang amat baik untuk pelajar, pensyarah mahupun Kolej. April adalah bulannya. Moga semua ini berjalan dengan lancar, In Sha Allah.

Saturday, January 12, 2013

Adam Harith Bin Zafarul Aswad

Alhamdulillah...Syukur....isteri telah selamat melahirkan baby Adam pada 31 Dis 2012 jam 5.33 pagi. Hati riang tak terkira....Terima kasih buat isteri tercinta...Sofia pun dah jadi 'kakak'...rajin melayan adiknya....ada gambar yg aku sisipkan bersama...
Errmmm mata mula berair...tandanya mengantuk...sibuk siang tadi, dengan kelas repeat dan mesyuarat yang panjang. Nak tido....kita jumpa di lain waktu....bye

Tuesday, January 31, 2012

Salam di Perlis...

Salam,
errmm...lama tak menulis..tiba2 terasa nak mula..kali ni nak kongsi beberapa gambar ketika aku bawa pasukan badminton komuniti selayang ke Perlis...Alhamdulillah, bawak balik satu emas, satu perak dan satu gangsa. Ketika di sana, ada aku dengar yang org disitu suka makan pulut dan ayam. Terliur dibuatnya...apa lagi teruih pergi nak try..memang laa sedap tak terkira, lain pulutnya, berkilat2...disitu ada pulut durian, mangga dan mcm2 lagi laa. Ada aku sisipkan beberapa gambar ketika sessi membedal disana..try tengok....

Sent from my Nokia phone