Sent from my Nokia phone
Monday, April 18, 2011
Warm Chicken Terrine
Salam, ini adalah hasil para pelajar SKU Selayang. Bagus dan boleh diperbaiki lagi. Mereka harus mempertingkatkan lagi usaha dan juga tahap displin jika ingin pergi jauh.
Monday, January 24, 2011
Buat pelajar SKU baru...
Salam semua, hari ni merupakan hari pertama buat pelajar sijil kulinari merasai pengalaman memasak di dapur kolej komuniti selayang. Saya amat berharap agar mereka semua ni memupukkan minat dan semangat yg jitu di dalam bidang ini. Wokay jumpa lagi....
Sent from my Nokia phone
Friday, December 17, 2010
Makan malam
Salam buat penggila makanan, eemmm, hari ni hujan je dari tengahari..jadi malam ni nak pekena sup tulang. Kedai yg saya pilih namanya Ilham seafood(makanan ala Thai). Kedai ni lokasinya di tmn batu muda..area bt caves...Mlm ni makan dengan yg tersayang..haa2, berdua jer anak ade di rumah.
Antara menu yg saya order mlm ni..sup tulang, kailan ikan masin, telur dadar, ayam goreng kunyit dan juga air teh ais bersama orange juice tanpa ice. Menunya kedengaran seperti biasa...tapi rasanya..uuuummmannngg ai...sedap tak terkira..ketika menaip ni, masih tunggu makanan disajikan...cuaca lak renyai. Byk kali gak saya dan keluarga menikmati jamuan disini..sebab taste dan juga harganya berpatutan...nampaknya sampai sini dulu bicara kita sebab makanan dah pun tiba...sesiapa yg jalan2 area sini cubalah...Bye..

Friday, November 26, 2010
Penyediaan Salad Nicoise
Good luck kepada pelajar-pelajar SOP yang mengakhiri kelas dapurnya hari ini. Tahniah buat yg ikhlas ingin belajar. Saya doakan moga anda-anda semua mendapat kejayaan.
Sent from my Nokia phone
Thursday, November 18, 2010
Ukiran Buah
Ini antara gambar ukiran buah yang dihasilkan. Untuk pelajar2 saya, diharap gambar ni dapat memberi motivasi buat anda....
Sent from my Nokia phone
Sos vanilla
Salam semua, malam ni saya nak kongsi resepi sos vanilla yang amat mudah untuk dibuat. Sos ni amatlah sesuai untuk dimakan dengan kek mahupun puding roti.
Sos Vanilla
Telur kuning-125g
Gula castor - 125g(boleh dikurangkan bagi yg tidak suka manis)
Susu segar - 500ml
Ekstrak vanilla - 8ml
Sos Vanilla
Telur kuning-125g
Gula castor - 125g(boleh dikurangkan bagi yg tidak suka manis)
Susu segar - 500ml
Ekstrak vanilla - 8ml
Kaedah:-
1.)Campurkan gula dan telur lalu dipukul sebati.
2.)Suamkan susu dan dimasukkan sedikit demi sedikit ke campuran telur. Proses ni dipanggil tempering, iaitu menggabungkan 2 suhu menjadi satu(agar telur tidak masak)
3.)Setelah sebati letakkan ia di atas periuk yg mengandungi air yg telah dipanaskan di atas dapur.
4.)Kacau sehingga pekat dan angkat lalu diletakkan di atas mangkuk yg berisi air sejuk bagi memberhentikan proses memasak. Setelah sejuk, masukkan ekstrak vanilla dan kacau mesra. Apa lagi dah boleh try dan makaaaannnnnn.....
Aswad.
Sent from my Nokia phone
Subscribe to:
Posts (Atom)