Alhamdulillah, selesai sudah bengkel ukiran ais bersama pelajar Politeknik Metro. Satu perkongsian ilmu yang sangat menarik dan saya hargai. Pada pelajar pelajar...saya berharap usaha anda tidak berhenti setakat ini.
Jentikkan minat ukiran yang telah diberi harap dapat diteruskan. Ini bertujuan bagi mengembalikan minat prlajar dan masyarakat pada bidang yang sudah semakin pupus.
Terima kasih buat pembantu En. Fikri yang sanggup mempelajari seni ini dari saya...juga buat 5 pelajar saya yang amat tekun...Reza, Alif, Arif, Ayie & Nik. Terima kasih Encik Arman...anda pelengkap pasukan kami.
Penghargaan saya buat Sifu Chef Jafri yang sudi hadir memberi tunjuk cara dan menghulurkan bantuan ilmu kepada saya. Terima kasih Bng Jep.
In Sha Allah...kita ketemu lagi dalam satu lagi sessi seni ukiran ini.
Saturday, March 21, 2015
Bengkel Ukiran Ais Bersama Pelajar Politeknik Metro.
Friday, March 20, 2015
Ikan Kukus Bersos Oren...
Salam Kulinari.....
Ermmm esk hari Sabtu...ada yang bercuti dan ada yang bertugas. Tak kurang juga yang pulang ke kampung halaman dihujung-hujung minggu percutian sekolah anak.
Kali ini, saya sertakan menu yang serba ringkas, sihat untuk dicuba dan dijamu bersama keluarga tercinta. Ikan kukus.....ikannya....ikut pada selera masing-masing. Ingin pedas boleh tambah cili padi.
Selamat mencuba yea....
Ikan Kukus BerSos Oren
1 sudu kecil fresh ginger root ·
1/4 cawan orange juice ·
2 sudu besar Soy Sauce ·
1 1/2 sudu kecil white vinegar
1/2 sudu kecil brown sugar ·
1 sudu kecil Oriental sesame oil ·
2 green onions and tops. Sliced
I nos seabass (700g-1kg)
30gm chopped corriander
Kukus 10 - 15 mins.
Thursday, December 25, 2014
Sandwich Ayam Panggang dengan Roti Pita
Salam Kulinari
Kepada mereka yg mahukan sajian yg cepat, ringkas, sihat dan padat....inilah resepinya. Sepantas 8-10 minit menu ini boleh dihidangkan. Sesuai buat mereka yg sibuk seharian....dgn tugas.
Selamat mencuba
Bahan:
10 keping Roti Pita
8 helai Daun salad – lolo rossa
2 btg Timun jepun
4 biji Tomato
INTI ROTI : A
800g Ayam Panggang – di sejukkan dan di hiris halus
5 sdm Mayonnaise
3 sdm Sos cili
2 sdm Sos tomato
1 biji Jus buah lemon
3 titik L&P sauce (xde pun ok)
1 ulas Bawang besar – di cincang halus 80g Lobak merah – di potong dadu kecil (brunoise)
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
1. Potong roti pita bahagi kepada 2 kemudian buatkan poket.
2. Untuk membuat inti nya masukan semua bahan-bahan A kedalam mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Masukkan inti yang telah siap kedalam poket roti pitta, kemudian sumbat pula dengan daun salad, hirisan timun jepun, tomato.
Pastry Cream
Salam kulinari, pada musim2 cuti ini memang sesuai untuk mencuba pelbagai jenis resepi utk dinikmati bersama keluarga tersayang. Krim pastri merupakan resipi yg nak dikongsi kerana ia sgt sedap dan sesuai dijadikan sebagai inti atau filling krim puff mahupun tartlet. Anda juga boleh padankannya dengan apa sahaja masakan yg anda rasakan sesuai.
Selamat mencuba
Ingredients
Milk-1liter
Sugar-125g
Egg yolks-75g(4yolks)
Whole eggs-110g(2eggs)
Cornstarch-75g
Sugar-125g
Butter-60g
Vanilla extract-15ml
Procedure -
-In heavy saucepan, dissolve the sugar in the milk and bring just to a boil
-with a whip, beat the egg yolks and whole eggs in a stainless steel bowl
-sift the cornstarch and sugar into the eggs. Beat with the whip until smooth.
-temper the egg mixture.
-return to the heat and bring to a boil.
-when the mixture thickens, remove from heat.
-stir the butter and vanilla.
-dust lightly with sugar and cover with waxed paper to prevent a crust.cool n chill.
Wednesday, December 24, 2014
Pertandingan Kemahiran Malaysia Akhir
Salam, lama tidak bersua di ruang blog ni. Kali ini nak bercerita tentang pengalaman melatih pelajar bagi menghadapi PKM 2014 akhir. Banyak perkara suka duka yang boleh dikongsikan. Latihan, persiapan hinggalah ke acara kemuncak di UPM.
Persiapan tahun ini dibantu oleh 2 pelajar, Hasroll dan Syima. Pengajarnya pula Rahayu taha, Fauzi, Ainul dan aku sendiri. Razman Uitm Dungun juga byk membantu walaupun pelajar dia juga masuk bertanding...tabik lu bro. Pertandingan berlangsung selama 4 hari mengikut modul yang diberi.
Rutin bermula seawal 5.30 pagi. Pasukan bertolak dari Kolej setiap hari. Makan minum juga disediakan oleh pelajar. Persiapan teori dan amali disediakan sehari sebelum...begitu juga dengan hari2 berikutnya. Fatin, nama pelajar yg mewakili kolej.
Alhamdulillah Kolej Komuniti Selayang mendapat tempat ke 3. Rezeki dari Allah. Syukur.....bukan hanya keputusan tetapi perjalanan dan pengalaman sepanjang pertandingan. Terima kasih pd semua yg terlibat. Moga di masa hadapan ada pelajar dan pengajar baru yg muncul bagi menyahut cabaran.
Wednesday, February 20, 2013
Mengintai pengalaman di Laman Grill
Syabas pada beberapa pelajar yang berjaya melalui pengalaman berlatih bersama Chef tersohor Malaysia, iaitu Chef Zubir.
Pengalaman yang dikutip akan digunakan kelak apatah lagi sekarang dunia memerlukan pekerja yang ada tahap skill yang terbaik.
Pengalaman yang dikutip ini sangat berharga dan tak boleh dibeli dimana-mana. Prosedure dan segala teknik yang diajar adalah yg terbaik dan pelajar tidak harus melepaskan peluang yang hadir sebegini.
Thursday, January 31, 2013
Warung Mantap
Hai kali ni saya nak bawa anda ke satu warung yang kalau kita lihat dari jauh macam biasa saje rupanya...tapi makanan yang ada disitu...sangat sedap.
Konsepnya hidangan panas, bercirikan masakan jenis Cina. Nasi goreng cina hingga lah ke yee mee kung fu semuanya terbaik. Lokasinya ialah di kawasan perumahan taman selasih, greenwood gombak.
Pakat ramai2...mai