Thursday, November 18, 2010

Sos vanilla

Salam semua, malam ni saya nak kongsi resepi sos vanilla yang amat mudah untuk dibuat. Sos ni amatlah sesuai untuk dimakan dengan kek mahupun puding roti.
Sos Vanilla
Telur kuning-125g
Gula castor - 125g(boleh dikurangkan bagi yg tidak suka manis)
Susu segar - 500ml
Ekstrak vanilla - 8ml

Kaedah:-
1.)Campurkan gula dan telur lalu dipukul sebati.
2.)Suamkan susu dan dimasukkan sedikit demi sedikit ke campuran telur. Proses ni dipanggil tempering, iaitu menggabungkan 2 suhu menjadi satu(agar telur tidak masak)
3.)Setelah sebati letakkan ia di atas periuk yg mengandungi air yg telah dipanaskan di atas dapur.
4.)Kacau sehingga pekat dan angkat lalu diletakkan di atas mangkuk yg berisi air sejuk bagi memberhentikan proses memasak. Setelah sejuk, masukkan ekstrak vanilla dan kacau mesra. Apa lagi dah boleh try dan makaaaannnnnn.....

Aswad.
Sent from my Nokia phone

1 comment: