Monday, November 28, 2011

FW: Blues ka?..nope

Sent from my Nokia phone
-----Original Message-----
From: Aswad
Sent: 28/11/2011 1:54:42 AM
Subject: Blues ka?..nope

Sent from my Nokia phone

Monday, November 7, 2011

Bersama Sang Juara

Alhamdulillah, dalam meneruskan pengembaraan ini aku dibantu oleh seorang individu yg amat hebat dalam bidang ais ini. Beliau ialah Chef Jafri seorang lagenda yg masih bergelumang dalam seni ukiran ais ini. Banyak sungguh yg Beliau bantu...fuhhh..terima kasih abg jep(panggilan aku pada beliau). Aku mempunyai perancangan yg byk yang mana abg jep merupakan individu yg akan menjadi tunjangnya. Tak ku lupa juga buat sahabat ku Wan Norazman yg byk membantu dalam meneruskan perjalanan ini...Insya Allah...

Sent from my Nokia phone

Sunday, November 6, 2011

Seni Ukiran Ais

Salam semua, lama tak berjumpa di ruang ini. Kali ini saya nak berkongsi tentang salah satu minat saya dalam bidang seni kulinari ini iaitu seni ukiran ais. Jika di hotel boleh la ia dikategorikan pada bidang kitchen artist. Seni ini telah lama saya tinggalkan dan kali terakhir dibuat adalah ketika zaman belajar di iTM. Namun kali ini ianya kembali bukan utk sementara tetapi untuk KEKAL selamanya. Syukur ada 2 sahabat yg mendokong misi dan hobi yg sama. Kedua-duanya dari Bkt Beruang...iaitu, radzeem dan sahabat yg saya anggap dia sifu saya Farid atau Yed. Kali ini ia datang utk pergi lebih jauh...Insya ALLAH...kita sambung di sisipan yg akan dtg.

Sent from my Nokia phone

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Buat Semua.....

Salam pada semua penggemar makanan di luar sana, Ramadhan kembali menjelma...bulan yg penuh dengan keberkatan dan barokah. Menyentuh tentang bulan Ramadhan sudah tentu kita wajib mengerjakan ibadah puasa. Kalau bolehlah, cuba sediakan juadah sahur yg ringkas tetapi penuh dengan khasiat agar kita bertenaga berpuasa di siang hari. Insya Allah saya akan cuba berkongsi beberapa menu sahur yang ringkas dan mudah lagi cepat. Ketika saya menulis ni, saya baru sahaja selesai makan sup tulang kerbau yg dimasak oleh Ibunda saya iaitu Puan Aminah (menetap di seremban). Kejap lagi saya akan bertolak balik ke Kuala lumpur. Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan buat isteri tercinta, anak-sofia, mak tersayang, angah aziz, kak fiza dan anak2 buah...azra dan zikri.
Kita akan jumpa lagi dengan beberapa sisipan resepi seperti yg di sebut awal tadi.
Bye.

Sent from my Nokia phone

Thursday, July 28, 2011

Makanan pun ada sinar ker?

Salam buat semua, lama sungguh tak diupdate blog nie. Rasa macam terlupa pulak. Namun ada cerita nak dikongsi...iaitu baru baru ini kolej komuniti selayang telah pun memasuki pertandingan Battle Of The Chef yg diadakan di Penang. Ini merupakan julung kalinya kolej aku memasuki pertandingan memasak yg boleh dikira diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Alhamdulillah, syukur pada Allah...anak murid aku berjaya bawa pulang beberapa pingat kemenangan. Tapi yang lebih penting sekali...mereka bawa pulang keyakinan, mereka bawa pulang harapan dan apatah lagi bawa balik sinar yang selama ni mungkin tak nak berapa nampak dan tidak menjadi satu budaya. Urusan ni bukan sahaja bawa manfaat pada pelajar tapi juga cikgu2 nya. Harap2 mereka nampak akan kepentingan pertandingan ini...iaitu, apa makna di sebalik hantar murid ke pertandingan. Terlalu ramai individu yg terlibat dari Pengarah hinggalah ke pemandu. Takkan aku lupa laa, sepanjang karier dgn sistem kolej...ada Pengarah yg turun melihat aku dan shahir melatih budak dan kemudiannya ikut kami ke Penang mengikuti pertandingan dari mula sampai la habis. Aku tabik hormat pada Puan - You the Best. Pada shahir pulak, sahabat aku yg byk menelan pahit manis apa lagi maung bersama. Semangat nya sangat tinggi tak sama dgn nada bila dia bercakap...rythm nya slow jer...haa3, jgn marah bob. Ur the Man bro. Lepas ni aku dan Shahir ada banyak keje lagi nak diuruskan dalam nak memajukan pelajar...okay, matapun dah ngantuk...Insya Allah di lain waktu kita sambung lagi.

Sent from my Nokia phone

Tuesday, May 3, 2011

Minggu terakhir SKU

Alhamdulillah, minggu ni merupakan minggu terakhir buat pelajar SKU. Selepas ini mereka akan cuti dulu sebelum ditawarkan kembali utk SKU masakan Malaysia.

Sent from my Nokia phone

Monday, April 18, 2011

Warm Chicken Terrine

Salam, ini adalah hasil para pelajar SKU Selayang. Bagus dan boleh diperbaiki lagi. Mereka harus mempertingkatkan lagi usaha dan juga tahap displin jika ingin pergi jauh.

Sent from my Nokia phone

Monday, January 24, 2011

Buat pelajar SKU baru...

Salam semua, hari ni merupakan hari pertama buat pelajar sijil kulinari merasai pengalaman memasak di dapur kolej komuniti selayang. Saya amat berharap agar mereka semua ni memupukkan minat dan semangat yg jitu di dalam bidang ini. Wokay jumpa lagi....

Sent from my Nokia phone