Salam buat semua, lama sungguh tak diupdate blog nie. Rasa macam terlupa pulak. Namun ada cerita nak dikongsi...iaitu baru baru ini kolej komuniti selayang telah pun memasuki pertandingan Battle Of The Chef yg diadakan di Penang. Ini merupakan julung kalinya kolej aku memasuki pertandingan memasak yg boleh dikira diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Alhamdulillah, syukur pada Allah...anak murid aku berjaya bawa pulang beberapa pingat kemenangan. Tapi yang lebih penting sekali...mereka bawa pulang keyakinan, mereka bawa pulang harapan dan apatah lagi bawa balik sinar yang selama ni mungkin tak nak berapa nampak dan tidak menjadi satu budaya. Urusan ni bukan sahaja bawa manfaat pada pelajar tapi juga cikgu2 nya. Harap2 mereka nampak akan kepentingan pertandingan ini...iaitu, apa makna di sebalik hantar murid ke pertandingan. Terlalu ramai individu yg terlibat dari Pengarah hinggalah ke pemandu. Takkan aku lupa laa, sepanjang karier dgn sistem kolej...ada Pengarah yg turun melihat aku dan shahir melatih budak dan kemudiannya ikut kami ke Penang mengikuti pertandingan dari mula sampai la habis. Aku tabik hormat pada Puan - You the Best. Pada shahir pulak, sahabat aku yg byk menelan pahit manis apa lagi maung bersama. Semangat nya sangat tinggi tak sama dgn nada bila dia bercakap...rythm nya slow jer...haa3, jgn marah bob. Ur the Man bro. Lepas ni aku dan Shahir ada banyak keje lagi nak diuruskan dalam nak memajukan pelajar...okay, matapun dah ngantuk...Insya Allah di lain waktu kita sambung lagi.
Sent from my Nokia phone