Sent from my Nokia phone
Monday, November 7, 2011
Bersama Sang Juara
Alhamdulillah, dalam meneruskan pengembaraan ini aku dibantu oleh seorang individu yg amat hebat dalam bidang ais ini. Beliau ialah Chef Jafri seorang lagenda yg masih bergelumang dalam seni ukiran ais ini. Banyak sungguh yg Beliau bantu...fuhhh..terima kasih abg jep(panggilan aku pada beliau). Aku mempunyai perancangan yg byk yang mana abg jep merupakan individu yg akan menjadi tunjangnya. Tak ku lupa juga buat sahabat ku Wan Norazman yg byk membantu dalam meneruskan perjalanan ini...Insya Allah...
Sunday, November 6, 2011
Seni Ukiran Ais
Salam semua, lama tak berjumpa di ruang ini. Kali ini saya nak berkongsi tentang salah satu minat saya dalam bidang seni kulinari ini iaitu seni ukiran ais. Jika di hotel boleh la ia dikategorikan pada bidang kitchen artist. Seni ini telah lama saya tinggalkan dan kali terakhir dibuat adalah ketika zaman belajar di iTM. Namun kali ini ianya kembali bukan utk sementara tetapi untuk KEKAL selamanya. Syukur ada 2 sahabat yg mendokong misi dan hobi yg sama. Kedua-duanya dari Bkt Beruang...iaitu, radzeem dan sahabat yg saya anggap dia sifu saya Farid atau Yed. Kali ini ia datang utk pergi lebih jauh...Insya ALLAH...kita sambung di sisipan yg akan dtg.
Sent from my Nokia phone
Subscribe to:
Posts (Atom)