Thursday, December 25, 2014

Sandwich Ayam Panggang dengan Roti Pita

Salam Kulinari
Kepada mereka yg mahukan sajian yg cepat, ringkas, sihat dan padat....inilah resepinya. Sepantas 8-10 minit menu ini boleh dihidangkan. Sesuai buat mereka yg sibuk seharian....dgn tugas.

Selamat mencuba

Bahan:
10 keping  Roti Pita
8 helai       Daun salad – lolo rossa
2 btg          Timun jepun
4 biji          Tomato

INTI ROTI : A
800g   Ayam Panggang – di sejukkan dan di hiris halus
5 sdm   Mayonnaise
3 sdm   Sos cili
2 sdm   Sos tomato
1 biji     Jus buah lemon
3 titik    L&P sauce (xde pun ok)
1 ulas   Bawang besar – di cincang halus 80g       Lobak merah – di potong dadu    kecil (brunoise)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.  Potong  roti pita  bahagi kepada 2 kemudian buatkan poket.
2. Untuk membuat inti nya masukan semua bahan-bahan A kedalam mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Masukkan inti yang telah siap kedalam poket roti pitta, kemudian sumbat pula dengan daun salad, hirisan timun jepun, tomato.

Pastry Cream

Salam kulinari, pada musim2 cuti ini memang sesuai untuk mencuba pelbagai jenis resepi utk dinikmati bersama keluarga tersayang. Krim pastri merupakan resipi yg nak dikongsi kerana ia sgt sedap dan sesuai dijadikan sebagai inti atau filling krim puff mahupun tartlet. Anda juga boleh padankannya dengan apa sahaja masakan yg anda rasakan sesuai.

Selamat mencuba

Ingredients                             

Milk-1liter                    
Sugar-125g  
Egg yolks-75g(4yolks)
Whole eggs-110g(2eggs)
Cornstarch-75g
Sugar-125g  
Butter-60g
Vanilla extract-15ml  

Procedure -

-In heavy saucepan, dissolve the sugar in the milk and bring just to a boil
-with a whip, beat the egg yolks and whole eggs in a stainless steel bowl
-sift the cornstarch and sugar into the eggs. Beat with the whip until smooth.
-temper the egg mixture.
-return to the heat and bring to a boil.
-when the mixture thickens, remove from heat.
-stir the butter and vanilla.
-dust lightly with sugar and cover with waxed paper to prevent a crust.cool n chill.

Wednesday, December 24, 2014

Pertandingan Kemahiran Malaysia Akhir

Salam, lama tidak bersua di ruang blog ni. Kali ini nak bercerita tentang pengalaman melatih pelajar bagi menghadapi PKM 2014 akhir. Banyak perkara suka duka yang boleh dikongsikan. Latihan, persiapan hinggalah ke acara kemuncak di UPM.

Persiapan tahun ini dibantu oleh 2 pelajar, Hasroll dan Syima. Pengajarnya pula Rahayu taha, Fauzi, Ainul dan aku sendiri. Razman Uitm Dungun juga byk membantu walaupun pelajar dia juga masuk bertanding...tabik lu bro. Pertandingan berlangsung selama 4 hari mengikut modul yang diberi. 

Rutin bermula seawal 5.30 pagi. Pasukan bertolak dari Kolej setiap hari. Makan minum juga disediakan oleh pelajar. Persiapan teori dan amali disediakan sehari sebelum...begitu juga dengan hari2 berikutnya. Fatin, nama pelajar yg mewakili kolej.

Alhamdulillah Kolej Komuniti Selayang mendapat tempat ke 3. Rezeki dari Allah. Syukur.....bukan hanya keputusan tetapi perjalanan dan pengalaman sepanjang pertandingan. Terima kasih pd semua yg terlibat. Moga di masa hadapan ada pelajar dan pengajar baru yg muncul bagi menyahut cabaran.