Wednesday, December 24, 2014

Pertandingan Kemahiran Malaysia Akhir

Salam, lama tidak bersua di ruang blog ni. Kali ini nak bercerita tentang pengalaman melatih pelajar bagi menghadapi PKM 2014 akhir. Banyak perkara suka duka yang boleh dikongsikan. Latihan, persiapan hinggalah ke acara kemuncak di UPM.

Persiapan tahun ini dibantu oleh 2 pelajar, Hasroll dan Syima. Pengajarnya pula Rahayu taha, Fauzi, Ainul dan aku sendiri. Razman Uitm Dungun juga byk membantu walaupun pelajar dia juga masuk bertanding...tabik lu bro. Pertandingan berlangsung selama 4 hari mengikut modul yang diberi. 

Rutin bermula seawal 5.30 pagi. Pasukan bertolak dari Kolej setiap hari. Makan minum juga disediakan oleh pelajar. Persiapan teori dan amali disediakan sehari sebelum...begitu juga dengan hari2 berikutnya. Fatin, nama pelajar yg mewakili kolej.

Alhamdulillah Kolej Komuniti Selayang mendapat tempat ke 3. Rezeki dari Allah. Syukur.....bukan hanya keputusan tetapi perjalanan dan pengalaman sepanjang pertandingan. Terima kasih pd semua yg terlibat. Moga di masa hadapan ada pelajar dan pengajar baru yg muncul bagi menyahut cabaran.

1 comment:

  1. keep it up bro. you make my life difficult and make thing go crazier in developing new concepts and restategies in winning this competition for the student. Like to see more people like you, in developing new talents for our industry. Hope to see you again in the next year My skills WSMB 2015, on the podium :)

    ReplyDelete