Saturday, March 21, 2015

Bengkel Ukiran Ais Bersama Pelajar Politeknik Metro.

Alhamdulillah, selesai sudah bengkel ukiran ais bersama pelajar Politeknik Metro. Satu perkongsian ilmu yang sangat menarik dan saya hargai. Pada pelajar pelajar...saya berharap usaha anda tidak berhenti setakat ini.
Jentikkan minat ukiran yang telah diberi harap dapat diteruskan. Ini bertujuan bagi mengembalikan minat prlajar dan masyarakat pada bidang yang sudah semakin pupus.
Terima kasih buat pembantu En. Fikri yang sanggup mempelajari seni ini dari saya...juga buat 5 pelajar saya yang amat tekun...Reza, Alif, Arif, Ayie & Nik. Terima kasih Encik Arman...anda pelengkap pasukan kami.
Penghargaan saya buat Sifu Chef Jafri yang sudi hadir memberi tunjuk cara dan menghulurkan bantuan ilmu kepada saya. Terima kasih Bng Jep.
In Sha Allah...kita ketemu lagi dalam satu lagi sessi seni ukiran ini.

1 comment:

  1. Alhamdulilah. Baguslah Encik Aswad. Semoga diberikan kemudahan untuk kamu. Teruskan usaha untuk mendidik anak bangsa.

    ReplyDelete