Tuesday, May 18, 2010

Kambing Panggang

Kambing Panggang untuk Majlis Aqiqah dan kenduri Kesyukuran











Salam pada semua food lover, kali ni ader saya selitkan 2 keping gambar ketika saya dan rakan menyediakan kambing panggang....fuhhhh berpeluh da puas....Kami bertiga(Chef Shahir dan sahabat Wan) yg mengerjakan kambing tersebut. Pada saya la kan, kambing ni daging dia- magic ler- tekstur dan bau hamis kambing lah yg menaikkan lagi selera apatah lagi bila ianya di panggang.
Sehari sebelum tu saya berada di kandang kambing...apa lagi nak memilih kambing untuk disembelih oleh mertua saya. Kemudian kerja2 melapah dilakukan sebelum disimpan dlm freezer. Teringat pulak pada suasana Hari Raya Korban. Keesokkan harinya..bermula kerja2 memerap dan memanggang. Time nie chef shahir mula mempamerkan skill pemerapan yogurt a'la timur tengah. Pergghhhh...wangi bau perapan tu...ader bawang putih, serbuk cili dan byk lagi-yang akan saya kongsikan resepinya nanti. Saya menyediakan cous-cous untuk dimasukkan ke bahagian bwh perut kambing. siap...apa lagi kasi panggang la....pada suhu permulaan 220'c 1jam yg pertama dan turunkan pada 165'c pada satu setengah jam yg kedua. setiap kali nak bukak pintu oven untuk percikkan dengan sos....aduuuhhhai...dia punya bau...tak boleh tahan la....mantap, meletop dan sebagainya..
Bila kambing dah masak, masing2 tercangak2....mcm mane nak bawak balik...dengan sos rosemary lagi...tapi tanpa berfikir panjang terus angkut kasi masuk dlm bonet kereta...Bawak masuk ..vrooom..terus drive. Aroma kambing tu mengengak(kire bau satu kereta la) seluruh kereta hingga ke menyelinap terus ke dalam serombong hidung kita org.
Alhamdulillah.....sampai saja ke destinasi, angkat bawak turun dan letakkan kt atas meja....ha'ah...ambik kau...punyer la panjang orang beratur nak rase...Jadi itulah serba sedikit story "the making of" kambing panggang a'la aqiqah. Untuk sahabat Wan, terima kasih byk, balik nanti dah boleh buat dah tue...So jumpa lagi pada sisipan yang lain..Bye2

No comments:

Post a Comment